Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

DBKL - saman sekitar ibukota





Sebuah kereta ditunda dalam operasi bersepadu yang dilakukan DBKL di ibu negara semalam
KUALA LUMPUR -  Sebanyak 85 tindakan diambil termasuk dua kenderaan ditunda hasil Operasi Halangan yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di beberapa kawasan tumpuan sekitar ibu kota.

Operasi selama dua jam itu turut dilakukan secara bersepadu melibatkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Polis Trafik Kuala Lumpur, dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) melibatkan 22 anggota bertugas.

Antara kawasan terlibat, Jalan Tun S.H Lee, Jalan Tun Tan Cheng Lock, dan Jalan Hang Kasturi.

Ketua Inspektor Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, R. Parameswaran, berkata,  83 notis kompaun dikeluarkan ke atas kenderaan yang didapati menghalang lalu lintas.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 22 notis kompaun dikeluarkan terhadap bas yang berhenti di bahu jalan, yang sering mengakibatkan kesesakan jalan.

“Bagi lain-lain  kesalahan, sebanyak 26 kompaun dikeluarkan, manakala, 29 notis kesalahan dikeluarkan oleh pihak polis dan empat oleh Spad di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 atas kesalahan meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan.

“JAS turut mengambil dua tindakan di bawah Akta JAS  74, bagi kenderaan asap hitam,” katanya pada sidang media di Pejabat Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Jalan Tun Razak , di sini, semalam.

Beliau berkata, kenderaan ditunda dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan , Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang boleh dikenakan kompaun sebanyak RM205 termasuk upah tunda dan simpan.

Katanya, operasi dilaksanakan bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna lalu lintas terutamanya pemandu bas dan teksi agar mematuhi peraturan ditetapkan.

“DBKL menerima aduan setiap hari berhubung tindakan pemandu bas dan teksi yang suka memberhentikan kenderaan di bahu jalan dalam tempoh lama sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas," katanya.

Cari Maklumat Di Sini