Pengasas rawatan terapi warna di Malaysia ini berpendapat, kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan
dapat menggunakan dengan betul, insyallah dia akan berjaya.
"Tidak perlu jumpa bomoh-bomoh," katanya berseloroh. Lalu Prof. Dr. Norhisham menghuraikan rahsia nombor
dan kegunaannya hasil kajiannya itu.
1 – SatuLambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan
kekuasaan.
Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang.
Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki
kekuatan fizikal dan mental.
2 – DuaNombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian,
perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh.
Menurut Prof. Dr. Norhisham, bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini.
Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu.
Untuk lebih
mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air
zam-zam. Tuliskan nombor
2 di luar gelas, memadai menggunakan
hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati
untuk mendapat pasangan.
"Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insha-Allah….tak sampai sebulan pasangan yang sesuai
akan diperoleh," tambahnya lagi.
3 – TigaRahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan.
Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan
sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk.
Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru
menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah.
Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya.
Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan
ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.
4 - EmpatNombor
ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan,
kewangan dan
kehidupan. Lambang kekuasaan,
kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau
dipengaruhi.
Kekuatan mereka
yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan
mereka selalunya tepat
dan kalau merancang, insha-Allah
berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah
nombor ini.
5 – LimaSimbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap
intelekual yang tinggi.
Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan,
kerumitan dan kesusahan.
Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu
supaya pertelingkahan dapat dileraikan.
Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.
6 – EnamHati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis
mudah merasuk.
666 adalah lambang syaitan – gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666
pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran.
Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda
ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib.
Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada
air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.
7 – TujuhInilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan
tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu.
Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah
dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan.
Caranya mudah –
palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia
hanya mujarab dilakukan
pada malam 13, 14 dan 15 (bulan
penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada
dimasuki iblis.
8 –LapanOrang
Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh
ribu ringgit
untuk mendpatkannya – untuk plat
kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi
semakin kaya tetapi
sampai satu tahap jatuh bankrap.
Sebabnya…. kerana
mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan.
Bagaimanapun nombor ini
memang baik jika tahu rahsianya
iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan,
sempurna, lengkap dan
akhirnya kematian.
Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam
atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.
9 – SembilanNOMBOR
ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga
lambang
tenaga yang kuat. Sebab itulah ia
disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian.
Bagaimanapun mereka
yang bernaung di bawahnya mudah
terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap.
Tapi, jangan
bimbang….walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup
sempurna dalam hal ilmu
keduniaan. Nombor ini boleh
digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9,
barang yang hilang akan jumpa
semula, jika tersalah simpan!
10 atau 0Sombol
keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur
dengan apa
sekali pun. Tidak ada permulaan dan
tidak ada pengakhiran – tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam
pusingan
yang sama tanpa ada titik akhir.
Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya.
Hanya Ppencipta memilikinya.
Menurut Prof. Dr.
Norhisham, mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita
dapat mengenal diri.
Hidup akan lebih teratur, sentiasa
berwaspada ketika membuat perhitungan dan insha-Allah… tidak wujud
penyesalan.
Kita tidak perlu
mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau
bertemu bomoh fotostat
bagi mencari barang hilang. Anda
mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan
mendapat kekayaan.
Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula
secara ringkasnya: Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya 12-12-1969à 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 ( 3+1=4)
Jadi nombor peribadi anda adalah 4.
Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggarankasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana
hanya kita yang tahu rahsia sendiri