Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

MELENTUR BULUH


gambar hiasan



Farhan berusia enam tahun, dia anak tunggal serta menjadi buah hati
kepada ibu dan bapanya. Namun Farhan mempunyai masalah tidak
menghargai barangan yang di beri kepadanya. Alat tulis yang
dibekalkan ke sekolah sering sahaja hilang hingga terpaksa digantikan
 dengan yang baru. Begitu juga dengan alat permainan yang sering sahaja
 rosak atau pun hilang hinggakan mamanya menjadi kurang sabar dengannya.
 ( nama dan gambar bukan yang sebenar )


Situasi sebegini biasa dialami oleh semua ibu tidak kira dia mempunyai
seorang anak sahaja atau pun lebih daripada seorang. Ini kerana dia
 merasakan bahawa senang untuk mendapatkan sesuatu barangan tersebut,
 jadi jika hilang atau rosak, tiada masalah berlaku kerana pasti ada
 penggantinya. Dalam kes sebegini, mama perlu mendidik anak
 dengan tegas supaya dia lebih menghargai barang miliknya.
Antara yang boleh dilakukan ialah:

1)Tatkala menghadiahkan sesuatu barangan kepadanya, katakan bahawa itu adalah milik mutlak dirinya jadi dia perlu bertanggung jawab sepenuhnya terhadap barangan tersebut.

2)Jelaskan secara verbal dan juga bertulis bahawa jika berlaku apa sahaja terhadap barangan tersebut seperti hilang atau rosak, tiada pengganti untuk kecuaian tersebut.
3)Dengan ini dia sudah berfi kir bahawa amaran mamanya serius jadi dia tidak boleh leka dengan arahan tersebut.

4)Namun begitu, ia memerlukan juga kerjasama dari mama dan papa untuk memantuhi perjanjian awal bahawa tidak perlu tunduk kepada rengekan, rayuan atau tindak balas emosi mereka.

5)Katakanlah barangan mereka betul-betul hilang seperti pensel tadi hanya dalam masa seminggu sahaja, anda perlu tegas untuk tidak membelikannya dalam tempoh tertentu. Keraskan hati dan lawan perasaan tersebut.

6)Jadi dia akan merasa kesan terhadap perbuatannya yang tidak menjaga barang dengan baik. Ia bukan bertujuan untuk mendera tetapi mendidik anak kita.

7)Jika kita konsisten, maka anak-anak faham dan hormat pendirian ibu bapa. Dengan cara ini anak-anak belajar berdisiplin, mendengar kata, dan menghargai barang miliknya. Sebahagian besar kanak-kanak memang tidak faham dengan hanya nasihat, maka dengan nasihat melalui
pengalaman sendiri itu lebih berkesan.

Cari Maklumat Di Sini