Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat






Sireh adalah sebahagian besar dari kehidupan adat resam Melayu. Kehadirin sireh dilihat sebagai satu lambang kekuatan dalam perkahwinan. Seri sireh junjung sebagai sebahagian dari jumlah hantaran tidak seharusnya dilupakan apatah lagi kehadirannya memberi seribu makna yang cukup mendalam buat si dara mahupun teruna.
Maksud Tersirat :

Bentuk Terbuka: Melambangkan pemikiran positif dan menerima perkara negatif sebagai sebahagian dari kehidupan. Kepelbagaian bahan: Membawa maksud keharmonian dan perpaduan.
Hubungan sireh, pinang dan gambir: Membawa maksud hubungan yang akrab seperti pepatah Melayu ‘pinang pulang ke tampuk, sireh pulang ke gagang’.
Jenis Tepak Sireh: Kehadiran tepak sireh sama ada dari jenis logam, tembaga mahupun kayu mencerminkan kedudukan seseorang.
Penampilan: Penampilan penuh nilai estetika sebagai lambang kemegahan keturunan. Adat-adat Melayu dahulu banyak menggunakan corak flora dan fauna.


Cari Maklumat Di Sini