Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Disisih keluarga…


Usah kecewa, ada jalannya!

Tidak dinaf i kan, keluarga merupakan insan yang paling bermakna buat kamu. Ibu, ayah, dan adik-beradik sentiasa bersama-sama kamu dalam apa jua keadaan dan situasi. Tetapi, bagaimana pula jika kamu disisihkan mereka? Ayah terlalu sibuk bekerja, ibu yang tidak melayan kehendak kamu, adik-beradik yang kerap bertengkar pasti mengecewakan kamu. Tambah menyedihkan, ibu dan ayah kamu seolah-olah melebihkan adik-beradik lain daripada kamu. Arghhhh, geramnya!  harap kamu bertenang ya. 

Ada beberapa jalan yang boleh kamu ambil bagi mengatasi permasalahan ini.

Bertenang

1 Perkara pertama yang kamu perlu lakukan ialah menenangkan diri. Jangan terlalu ikutkan emosi marah dan kecewa kamu. Tarik nafas kamu sedalamnya dan lepaskan secara perlahan. Bagi kamu yang beragama Islam, banyakkan mengucap 'Astaghfirullah' sambil urut dada kamu dengan perlahan dan lembut.

Berfikiran positif

2 Buang sahaja tanggapan negatif yang wujud di dalam fi kiran dan hati kamu! Tidak mungkinlah ahli keluarga kamu mahu menyisihkan kamu sebegitu. Setiap yang berlaku pasti ada alasannya. Jika ibu atau ayah kamu sibuk bekerja, anggap sahaja semuanya demi keselesaan kamu. Jika kamu dibandingkan dengan adik-beradik yang lain pula, yakinlah kamu juga ada kelebihan sendiri.

Tonjolkan kelebihan diri

3 Percaya kepada diri kamu sendiri. Jika adik-beradik kamu yang lain disayangi kerana kelebihan mereka, mengapa tidak kamu? Kamu juga pasti mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Nilai diri kamu, kemudian tonjolkan kelebihan diri tersebut. Sebagai contohnya jika kamu hebat memasak, masaklah sesuatu yang istimewa untukdijamu kepada ahli keluarga.

Buktikan sesuatu kejayaan

4 Sekiranya kamu disisihkan keluarga kerana tidak berjaya seperti mereka, anggaplah itu sebagai satu cabaran! Kesungguhan kamu cukup penting bagi melaksanakan perkara ini. Bina kejayaan di dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Keluarga kamu tentu akan berbangga dengan kamu. Kamu tidak lagi disisihkan.

Cari Maklumat Di Sini