Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Aku anak MALAYSIA






Kakitangan HSAH melihat keadaan Siti Nor Khatijah bersama bayi perempuannya




SUNGAI PETANI - “Tak sangka dapat bersalin pada Hari Malaysia dan teruja apabila menerima kehadiran anak pertama hari ini,” luahan Siti Aishah Zakaria, 21, di samping suami, Badrul Nizam Daud, 26 dari Gurun, Kedah.

Mereka antara pasangan bertuah yang menerima kehadiran bayi sempena Hari Malaysia, 16 September di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bersama lapan pasangan lain.

Badrul berkata, dia cukup gembira dan teruja apabila mendapat berita bahawa isterinya selamat melahirkan bayi lelaki yang bakal diberi nama Mohd Amir Asyraf seberat 2.57 kilogram pada 7.37 pagi semalam.

Selain itu, Noraini Othman, 25, dari Pendang bersyukur dapat melahirkan bayi secara normal namun mendoakan bayi perempuan yang dilahirkan tidak cukup bulan seberat 1.52 kilogram pada jam 1.40 pagi semalam sihat dan membesar dengan baik.

Siti Nor Khatijah Razak, 25, dari Taman Ria berkata, dia cukup gembira kerana dapat melahirkan bayi perempuan seberat 2.81 kilogram pada 12.13 tengah malam, semalam.

“Saya gembira sangat kerana dapat melahirkan anak sulung dengan selamat dan dia merupakan bayi pertama dilahirkan pada Hari Malaysia di HSAH.

“Selain menerima ucapan tahniah daripada keluarga, saya cukup bertuah kerana mendapat sumbangan yang disampaikan pihak hospital pada hari ini,” katanya.

Menurutnya, dia bakal menamakan bayi sulung dengan nama Siti Nor Qalisya Damia kerana sudah bersetuju dengan suami, Mohd Azhary Aziz, 28.

“Lega sangat apabila sudah bersalin kerana rasa sakit semuanya sudah hilang,” katanya yang mengamalkan minum air kelapa sepanjang tempoh kehamilan.

Pengarah HSAH, Dr Idris Ahmad berkata, sembilan bayi dilahirkan pada Hari Malaysia iaitu enam lelaki dan tiga perempuan dicatatkan sehingga jam 9.49 pagi tadi selamat dilahirkan sempena sambutan Hari Malaysia ke-49.

Cari Maklumat Di Sini