Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan
berumur 18 tahun ke atas pada tarikh iklan ditutup dipelawa untuk
memohon jawatan seperti berikut:-
1. Jawatan/Kumpulan/Skim Perkhidmatan
(a) Jawatan : Pemandu Kenderaan Gred R3
(b) Kementerian/Jabatan : Kementerian Penerangan, Komunikasi
Dan Kebudayaan Malaysia
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(c) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/
Tidak Mahir
2. Jadual Gaji Gred R3 : P1 RM792.60 - RM1610.99
P2 RM840.60 - RM1688.45
P3 RM890.43 - RM1767.76
3. Syarat Lantikan:
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
(ii) Memiliki
lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh
percubaan (P)]; dan
(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
Lesen D P1 RM884.90
Lesen E/E1/E2 P1 RM931.05
Lesen F/H P1 RM977.20
Lesen G/I P1 RM1023.35
(d) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
4. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai
sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam adalah layak
dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan
pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk
kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan
dan:-
(a) Mempunyai kelayakan di perenggan 3(c) (ii) dan (iii) di atas; dan
(b) Berumur kurang 54 tahun pada tarikh lantikan.
5. Taraf Jawatan : Tetap
6. Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Pegawai-pegawai yang memasuki skim
perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim
perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan
yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
7. Fungsi Bidang Tugas
Bertanggungjawab memeriksa dan memastikan
kenderaan dalam keadaan bersih serta baik, memandu kenderaan dalam
keadaan selamat, mencatatkan pergerakan kenderaan ke dalam buku log dan
melaporkan sebarang kerosakan/kemalangan kepada pegawai penjaga.
8. Cara Memohon
(a) Pemohonan
hendaklah menggunakan Borang KPKK 01/09 yang boleh didapati dari Ketua
Setiausaha, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Aras 21 Menara KPKK, Lot 4G9
Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya atau dalam laman web
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia
http://www.kpkk.gov.my.
(b) Semua
permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru
berukuran passport, salinan Sijil Kelahiran, Salinan Kad Pengenalan,
Salinan Sijil-Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen
lain yang berkaitan yang telah disahkan.
(c) Pegawai-pegawai
yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, Badan Berkanun atau
Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua
Jabatan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan
Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dengan menyertakan salinan
Laporan Penilaian Prestasi terkini dan salinan Kenyataan Perkhidmatan
yang dikemaskini serta Laporan Pengisytiharan Harta.
(d) Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kiri sampul surat.
(e) Permohonan yang berikut AKAN DITOLAK:
(i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
(ii) tidak lengkap atau tidak terang;
(iii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
(iv) tidak ditulis nombor Kad Pengenalan;
(v) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat; dan
(vi) tidak ditandatangani.
9. Alamat Permohonan dan tarikh tutup
(a) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:
Ketua Setiausaha
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 21 Menara KPKK,
Lot 4G9 Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 Putrajaya
Tarikh tutup permohonan : Tiada tarikh tutup permohonan
Tempoh Sah Laku permohonan adalah selama setahun. Sekiranya calon masih berminat, permohonan perlu diperbaharui selepas SETAHUN.
(b) Calon-calon
yang ingin memohon Borang KPKK 01/09 melalui Pos, hendaklah menyertakan
sampul surat berukuran 16sm x 23sm beralamat sendiri dan dilekatkan
setem RM0.50 dan di hantar ke alamat di atas.
(i) Hanya pemohon yang layak dan melepasi tapisan akan dipanggil temu duga apabila ada kekosongan bagi jawatan yang dipohon
(ii) Kementerian ini tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan calon-calon yang akan menghadiri temu duga tersebut
(iii) Hanya calon yang berjaya dalam urusan temu duga akan dimaklumkan.