Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

PPRT - DBKL








Salah guna flat PPR: DBKL tawar ganjaran


KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menimbang untuk memberi ganjaran kepada orang ramai yang membuat laporan berkaitan penyalahgunaan flet Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pihaknya menerima banyak laporan bahawa bantuan rumah PPRT, yang bertujuan menaik taraf kualiti hidup keluarga miskin, telah disewa kepada orang ketiga.

Beliau berkata, buat masa ini, DBKL akan menjalankan pemantauan sebanyak tiga kali terhadap penghuni flet PPRT, dan jika didapati orang lain menyewa premis berkenaan, maka tindakan tegas bakal diambil terhadap penyewa utama.

"DBKL juga tidak akan teragak-agak untuk menarik balik tawaran kepada penyewa untuk menyewa flet berkenaan. DBKL juga akan bekerjasama dengan pihak polis dan imigresen semasa operasi pemantauan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai orang ketiga dan warga asing menyewa flet PPRT.

Ahmad Phesal berkata demikian selepas melawat tapak parkir di depan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Vivekananda, Brickfields hari ini.

Sehingga Mei lepas, sejumlah 37,133 unit flet ditawarkan kepada penyewa di bawah program bantuan rumah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat dan daripada jumlah itu, sebanyak 11,823 memberi maklum balas ingin kekal menyewa.

Mengulas bazaar Deepavali, Ahmad Phesal berkata, kelulusan bagi tapak di sekitar Brickfields pada tahun ini akan dibuat melalui sistem undi dengan setiap permohonan menggunakan MyKad yang teratur dan sistematik. - Bernama

Cari Maklumat Di Sini