Hanbali. Hudud ialah hukuman yang telah ditetapkan kadarnya oleh syarak. Hukuman ini tidak boleh ditambah atau dikurangkan atas nama hukum hudud.
Penulis menukilkan daripada kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, antara lain menyebut had ialah hukuman yang telah ditentukan dan wajib dilaksanakan yang menjadi hak bagi Allah SWT. Diitlaqkan lafaz had kepada jenayah-jenayah hudud secara majaz Syeikh Abdul Qadir Audah mendefinisikan hudud sebagai hukuman yang menjadi hak bagi Allah pada syariat sebagaimana mewajibkannya berdasarkan maslahat ummah iaitu menolak kerosakan daripada manusia dan mentahkikkan pemeliharaan dan keselamatan untuk mereka. Setiap dosa atau jenayah sudah pasti kerosakannya akan terkena kepada khalayak sebaliknya manfaat.
PERTAMA:
Pengertian Hudud Dalam membincangkan hal ini ia dibahagikan kepada dua: Definisi hudud dari segi bahasa. Definisi hudud dari segi istilah. Dari segi bahasa perkataan hudud adalah kata jamak dari perkataan had yang bermaksud tegahan. Oleh itu tukang jaga dinamakan haddad kerana dia menegah orang dari memasuki pintu jagaannya dan dinamakan pelbagai pembalasan sebagai hudud kerana menegah orang dari terlibat dengan perkaraperkara yang menjadi sebab kepada wujudnya. Al-Jurjani dalam kitabnya al- Ta’rifat menyebut: Hadd pada bahasa memberi maksud tegahan atau halangan. Apabila disebut hudud Allah, maka ia bermaksud segala larangan- Nya kerana ia perkara yang ditegah.
Ini dibuktikan oleh firman-Nya:
Maksudnya: Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. (Surah al-Baqarah: 187) Hudud Allah juga bermaksud segala hukuman-Nya, iaitu apa sahaja hukuman yang telah dibataskan maksudnya dan ditentukan kadarnya, maka dengan itu tidaklah harus bagi manusia melanggarnya. Ia dinamakan hudud kerana menegah orang dari melangkahi batasnya.
Ini dibuktikan oleh firman-Nya:
Maksudnya: Itulah hukumhukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. (Surah al-Baqarah: 229)
Dari segi istilahnya pula, para ulama mengemukakan definisi yang hampir sama, antaranya: Pertama: Mazhab Hanafi. Suatu pembalasan yang ditetapkan kadarnya oleh syarak, sama ada ia menurut pendapat terkuat (al-asah), menjadi hak Allah atau hak hamba-Nya.
Dari segi istilahnya pula, para ulama mengemukakan definisi yang hampir sama, antaranya: Pertama: Mazhab Hanafi. Suatu pembalasan yang ditetapkan kadarnya oleh syarak, sama ada ia menurut pendapat terkuat (al-asah), menjadi hak Allah atau hak hamba-Nya.
Kedua: Mazhab Syafie dan perlaksanaan hukum juga mereka perolehi. Justeru, hukuman yang telah ditetapkan merupakan hak bagi Allah dalam memastikan terhasilnya manfaat dan tahkiknya dalam menolak kerosakan serta mudarat. Ini kerana diiktibarkan hukuman sebagai hak Allah yang membawa kepada tiada boleh digugurkan hukuman dengan sebab orang perseorangan dan khalayak mengugurkannya. Kebanyakan ulama menganggap jenayah hudud mempunyai tujuh iaitu zina, qazaf, minum arak, mencuri, merompak, murtad dan bughah.
sumber :