Putrajaya: Sebanyak 14,076 permohonan diterima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerusi perkhidmatan MyPhone-In daripada orang ramai yang mahu menggantikan MyKad atau gantian akibat cip dan fizikal dokumen itu yang rosak.
Jumlah itu dicatatkan sejak tempoh percubaan talian 03-88808066 diperkenalkan akhir Julai 2012, sebelum beroperasi sepenuhnya dua minggu lalu. Perkhidmatan MyPhone-In beroperasi jam 8 pagi hingga 5 petang Isnin hingga Jumaat dengan bayaran RM10 dikenakan untuk proses gantian MyKad yang dibayar ketika hadir mengambil dokumen.
Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said, berkata sambutan baik itu menunjukkan orang ramai lebih gemar menggunakan perkhidmatan seiring perkembangan teknologi yang menjimatkan masa.
“MyPhone-In inovasi terbaru kami selain permohonan menerusi online serta melalui kaunter. Khidmat terkini itu lebih mudah dan menjimatkan waktu kerana orang ramai tidak perlu hadir dua kali ke pejabat JPN,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Semakan rekod
Menerusi MyPhone-In, JPN akan membuat semakan rekod selepas menerima panggilan pelanggan sebelum memproses secara atas talian. Pelanggan boleh mengambil dokumen baru itu di pejabat JPN ibu negeri atau ibu pejabat di Putrajaya dalam masa 24 jam atau minimum 10 hari jika berbuat demikian di cawangan JPN daerah.
“Hanya sekali hadir di JPN, orang ramai sudah dapat MyKad dengan membayar RM10, selain membuat pengesahan menerusi cap jari. Data peribadi dan gambar pada MyKad terdahulu akan diguna semula, tetapi kita tidak membenarkan wakil atau pihak ketiga mengambil MyKad di pusat kutipan,” katanya.
Urusan menggantikan MyKad menerusi kaedah itu tidak dibenarkan untuk bukan warga negara, pemegang kad pengenalan lama, gantian MyKad hilang serta gantian mengikut Peraturan 18 (Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) yang mengkehendaki individu berusia 18 tahun mendaftar semula kad pengenalan sebelum usia 25 tahun.
“Perkhidmatan ini juga tidak membenarkan pemohon melakukan perubahan maklumat alamat, agama, pindaan nama dan gambar,” katanya sambil menambah, sejak Januari lalu sebanyak 959,267 permohonan pula diterima menerusi khidmat online untuk gantian MyKad dan semakan status dokumen peribadi dikeluarkan jabatan itu.