Langkah-langkah untuk mencegah daripada mengantuk ketika sedang memandu. Antaranya ialah:
- Bawalah seseorang sebagai teman terutamanya jika menempuh perjalanan yang jauh. Tak kisah la sahabat baik ataupun skandal korang.
- Pastikan juga korang berbual-bual dengan teman yang dibawa dan cuba elak dari teman yang jenisnya kaki tidur. Kesian korang lak nanti.
- Pasang kaset dan sebaiknya dengarlah lagu-lagu rancak dan bukannya lagu yang boleh menyebabkan mengantuk.
- Buatlah sesuatu aktiviti seperti menyanyi, bergendang atau apa saja apabila mula rasa mengantuk.
- Kemam atau kulum gula-gula, asam kecut, layan jajan (baca: makanan ringan). Makan makanan berat sebelum atau semasa memandu akan mengundang rasa mengantuk.
- Pastikan korang dah cukup tidur sebelum memandu kerana semua panduan di atas tak memberi kesan jika korang dah tiga hari tak tidur. :)
Kalau dah terlalu mengantuk sangat tu, lebih baik berhenti dahulu kat tepi jalan atau pun kat mana-mana RnR terdekat dan tidur dulu beberapa ketika.