1 KURANGKAN LEMAK YANG TIDAK BAIK DAN KOLESTEROL
Cara yang paling baik untuk mengurangkan makanan berlemak dalam diet adalah
dengan mengehadkan jumlah lemak seperti mentega, marjerin dan shortening
yang digunakan dalam makanan. Anda juga boleh mengurangkan jumlah
lemak dalam diet dengan memilih jumlah pengambilan daging kurang
daripada 10 peratus lemak.
2 PILIH SUMBER PROTEIN RENDAH-LEMAK
Daging, ayam dan ikan, produk tenusu rendah lemak dan telur merupakan sumber
protein yang penting untuk tubuh. Ikan merupakan alternatif yang baik
menggantikan daging. Semua jenis ikan baik untuk kesihatan jantung kerana
kaya dengan lemak omega-3 yang boleh membantu merendahkan lemak
dalam darah yang dipanggil triglycerides. Jumlah lemak omega-3 paling banyak
ditemui pada ikan salmon, kembung dan herring. Sumber lain boleh ditemui
pada fl axseed, walnut, kacang soya dan minyak kanola.
3 MAKAN LEBIH BANYAK SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah sumber penting untuk vitamin dan mineral.
Sumber ini rendah kalori tetapi kaya dengan fi ber. Sayuran dan
buah-buahan juga mengandungi bahan yang boleh menghindarkan penyakit
kardiovaskular. Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk
menggantikan makanan berlemak seperti daging, keju dan makanan ringan.
4 PILIH MAKANAN BIJIRIN
Makanan bijirin adalah kaya dengan fi ber juga memainkan peranan mengawal
tekanan darah dan kesihatan jantung. Anda boleh menambahkan jumlah
bijirin dalam diet dengan mengambil makanan seperti fl axseed. Ia adalah bijirin
yang berwarna coklat yang kaya dengan fi ber dan lemak omega-3 yang boleh
mengurangkan jumlah kolesterol dalam darah. Anda boleh menambah bijirin
dalam minuman dan juga makanan. Oat juga dikatakan boleh membantu penghadaman.
|