Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

7 kenderaan kemalangan







gambar : salah sebuah  kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

PORT DICKSON – Kemalangan membabitkan tujuh kenderaan yang berlaku di Lukut, di sini, sekitar jam 8.30 malam semalam sekali gus menyebabkan keadaan trafik terganggu lebih satu jam.

Kemalangan berkenaan melibatkan sebuah motosikal dan enam kereta di lorong kanan laluan Lukut-Port Dickson berhadapan stesen minyak Petronas.

Sinar Harian difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta paling hadapan terpaksa berhenti secara mengejut bagi mengelak daripada terlanggar kenderaan di hadapannya yang tiba-tiba bergerak perlahan.

Akibatnya, lima kereta lain di belakang kereta terbabit terus berlanggar selepas pemandunya tidak sempat mengelak dan memberhentikan kenderaan masing-masing.

Sementara itu, mangsa yang menunggang motosikal berada di antara enam kereta terbabit terjatuh dan mengalami cedera ringan manakala salah seorang pemandu sakit pada bahagian dada selepas terhantuk di stereng kereta.

Dalam pada itu, salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zikri, 27, berkata, dia dalam perjalanan ke Port Dickson bersama rakan dan terkejut apabila kenderaan di hadapannya tiba-tiba berhenti.

“Saya tidak sempat menyelak lalu melanggar kereta itu sebelum kereta lain dari arah belakang melanggar belakang kereta saya.

“Pada awalnya keadaan memang sedikit panik, namun bersyukur kerana kami tidak mengalami kecederaan. Bagaimanapun, terasa sedikit ralat kerana kereta saya rosak,” katanya.

Cari Maklumat Di Sini