Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Barang mahal............bila agaknya nak murah ya....





CUTI raya sudah berakhir. Namun di sini sana, ramai yang masih meraikan Aidilfitri, terutama di bandar. Penghuni kota mengadakan rumah terbuka sebagai timpal balas tidak berkesempatan menyambut Aidilfitri dengan jiran tetangga kerana pulang ke kampung sebelum ini.
Bukan menuduh. Tetapi kerancakan membeli-belah untuk keperluan mengadakan rumah terbuka, mungkin membuka peluang kepada pekedai untuk menaikkan harga barangan yang dijual sama seperti 'demam sambut raya'.
Sinar Harian melakukan tinjauan di sekitar Lembah Kelang untuk melihat dari dekat adakah barangan dijual lebih mahal, murah atau pada harga sepatutnya.
Peniaga Kedai Runcit Raisul, Faris Khan, 18, berkata, setakat ini kesemua harga yang dijual masih pada tahap terkawal seperti minyak masak RM2.50 sekilogram.
“Rata-rata harga kesemua jenis ikan masih dijual dengan harga yang sama seperti sebelum ini memandangkan bekalan diperoleh dengan mudah.
“Sebiji kelapa masih dijual pada harga RM2 walaupun saya memperolehnya dari pemborong luar, setakat ini barangan kosmetik yang semakin meningkat,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagi peniaga, Md Aminul Islam Arrisha, 41, berkata, barangan basah seperti harga ikan, bawang, sayuran keperluan harian masih kekal seperti biasa walaupun pada musim perayaan.
“Harga barang basah tidak menentu kerana ia bergantung sepenuhnya dengan faktor cuaca,” katanya.
Katanya, harga ikan kerap naik terutama bagi ikan selar kuning dan ikan kembung.
“Alhamdulillah, setakat ini kami dapat menjual pada harga biasa dan permintaan juga sentiasa bertambah,” katanya.
Sementara itu, Penyelia Hypermarket, Shuhaida Sidek berkata, pernah berlaku terputus bekalan minyak masak menjelangnya Aidilfitri, tapi keadaan itu masih dapat dikawal.
“Kadangkala barangan dihantar terhad disebabkan itu berlaku sedikit masalah terputus bekalan.
“Harga barangan masih pada tahap terkawal, tindakan akan dikenakan jika pihak kami menaikkan harga barang sesuka hati,” katanya.
Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga sentiasa menjalankan pemantauan terhadap kenaikan harga barangan.

Cari Maklumat Di Sini