Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Kamera..........aku , kau dan dia





MUDAH dibawa ke mana saja serta dilengkapi teknologi kamera digital moden adalah kriteria utama dalam pemilihan produk kamera di kalangan pengguna.

Sony menerusi siri kamera digital Cyber-shot memperkenalkan model DSC-RX100 yang dibangunkan khusus bagi menepati kehendak segmen pelanggan pengembara. 
Ciri reka bentuk mewah, ringan dan tahan lasak disokong binaan asas aluminium adalah pendekatan yang digunakan bagi membangunkan model terbaru kamera digital Cyber-shot Sony era ini. 

Kualiti paparan yang mengagumkan dan dilengkapi pilihan kawalan navigasi mesra pengguna memberi gambaran kemajuan produk kamera yang diketengahkan syarikat berpangkalan di Jepun terbabit.

Saiznya yang sesuai ditempatkan di dalam saku hampir pasti menjadi pilihan di kalangan peminat dunia fotografi bagi golongan “fotografi jalanan”.

Pengenalan sistem pengesan CMOS Exmor membolehkan RX100 dilabelkan sebagai kamera Cyber-shot pertama di dunia dilengkapi resolusi 20.2 megapiksel.

Teknologi yang dibangunkan khusus Sony itu membolehkan sistem pengesan Cyber-shot empat kali lebih luas berbanding kamera digital seumpamanya di pasaran. 
Malah, keupayaan menyimpan lebih banyak cahaya berbanding kamera yang dilengkapi sistem pengesan kecil dapat memberikan hasil penyampaian imej yang lebih tepat di samping paparan video Definisi Tinggi (HD) lengkap yang berkualiti.

Penggunaan lensa Carl Zeiss Vario-Sonnar T pada zoom optikal 3.6 kali membezakan model terbaru kamera Cyber-shot Sony berbanding produk lain di pasaran.

Hampir sama seperti kamera DSLR, RX100 turut dilengkapi mod fokus automatik dan manual untuk kawalan kamera lebih cekap dan mudah.


INFO:

Spesifikasi:


# Pengesan imej:
Jenis 1.0 (13.2 x 8.8 milimeter), CMOS Exmor

# Lensa:
Carl Zeiss Vario-Sonnar T dengan tujuh elemen dalam enam kumpulan

# Jarak zoom:
Optikal 3.6 kali, Zoom Clear Image 7.2 kali

# Skrin:
7.5 sentimeter (3.0) (4:3), Xtra Fine, TruBlack, LCD TFT

# Penstabilan imej:
Optikal SteadyShot

# Mod imej:
Automatik Superior, Automatik Pintar, Automatik Program, Keutamaan Bukaan, Keutamaan Pengatup, Manual, Pilihan latar belakang, Wayang, Rakaman Sapuan.

# Rakaman video:
AVCHD 28 megapiksel, MP4 12 megapiksel

# Jangka hayat bateri:
Imej pegun (kira-kira 165 minit), Video (80 minit)

# Dimensi:
101.6 x 58.1 x 35.9 milimeter

# Berat:
213 gram (tanpa bateri)

TAHUKAH ANDA...

Kamera digital Sony bagi siri Cyber-shot mula diperkenal Sony Inc pada 1996, di mana keunikannya tertumpu kepada lensa Carl Zeiss dan reka bentuk khusus.

Cari Maklumat Di Sini