Mengapa berbuka benda haram
*JANGAN terlalu gembira dan mudah mengesahkan kehadiran sekiranya menerima undangan berbuka puasa di hotel lima bintang atau di restoran besar. Sebagai orang Islam yang prihatin, anda perlu bertanya kepada penganjur atau orang yang mengundang.
Jangan takut untuk bertanya, tidak kira yang mengundang itu sahabat karib, kekasih, rakan kongsi perniagaan, pemimpin NGO, pemimpin politik hatta orang-orang kanan kementerian, jabatan atau agensi kerajaan.
Biarlah dianggap biadab atau kurang ajar, sebenarnya menjadi kewajipan anda untuk bertanya satu soalan penting, sebelum anda membuat keputusan sama ada menerima atau menolak berbuka di tempat-tempat eksklusif seperti itu.
Soalan yang wajib ditanya ialah: adakah hotel atau restoran di mana majlis buka puasa itu diadakan mempunyai sijil dan logo halal sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)?
*KATA orang malu bertanya sesat jalan. Dalam kes berbuka puasa di hotel, malu bertanya (mengenai logo halal) mungkin menyebabkan anda sesat akidah. Sebab apa yang anda makan itu mungkin benda haram. Seperti yang telah dijelaskan oleh Jakim, banyak hotel besar dan restoran eksklusif mengambil kesempatan sepanjang Ramadan untuk melariskan perniagaan dengan mengelirukan (sebenarnya menipu!) orang Islam. Mereka mengiklankan tawaran berbuka puasa menerusi program ‘Buffet Ramadan’.
Semua hotel meletakkan iklan tersebut di premis dan di kaunter. Dipamerkan juga dalam iklan ialah beraneka juadah lazat. Ada kambing panggang, ayam percik, udang goreng, air mata kucing, cendol, bubur pulut hitam, dan banyak lagi.
Tetapi, mereka tidak meletakkan logo halal, dan tidak ada permit menjual makanan halal. Mereka degil tidak memohon perakuan piawaian penting itu dari Jakim. Bagi mereka cukup dengan meletakkan iklan besar ‘Buffet Ramadan’ untuk menarik pelanggan Islam.
Bagi sesetengah orang perkataan ‘Ramadan’ yang ditulis dalam seni grafik Arab, sudah cukup meyakinkan bahawa apa yang dihidangkan itu adalah halal. Pada hal sudah terbukti dalam beberapa serbuan Jakim ternyata apa yang dihidangkan itu tidak halal dari segi penyediaan, alatan memasak juga bahan-bahan yang digunakan.
Pendek kata, perkataan ‘Ramadan’ bukan jaminan halal. Sama jugalah halnya dengan sesetengah restoran bukan Islam yang menggantung ayat Qursi, Surah Yassin dan lain-lain kalimat daripada al-Quran di premis mereka, itu bukan jaminan bahawa makanan yang dijual betul-betul halal.
*BAGI sesetengah orang berbuka puasa di restoranrestoran mewah – kini sudah menjadi semacam budaya di bulan Ramadan – adalah satu gaya hidup berprestij, dan satu kemegahan.
Almaklumlah harga yang perlu dibayar untuk berbuka di tempattempat seperti ini memang mahal. Kalau tengok iklan ‘Buffet Ramadan’ harga paling murah ialah RM40 seorang, malah sesetengah hotel mengenakan RM120 seorang.
Namanya pun lima bintang, tentu sekali juadah yang disediakan berbintang-bintang. Ada yang menawarkan 99 juadah lazat, termasuk menu utama, minuman, pencuci mulut. Apa sahaja rasa hendak makan, semua terhidang.
Tetapi, berapa banyak kita larat makan? Walau ada beratus juadah, saiz perut kita tetap sama. Biasanya setelah minum segelas air dan makan dua tiga keping kuih, tidak banyak lagi yang boleh kita makan. Paling-paling pun hanya sepinggan nasi, sepotong kambing panggang, seekor dua udang goreng.
Kalau dinilai makanan yang kita ambil lebih-lebih pun RM20 seorang. Kalau dibeli di gerai biasa mungkin tidak sampai RM10. Tidakkah satu pembaziran membayar RM100 hanya untuk sepinggan nasi dan sepotong daging? Tidakkah membazir itu sahabat iblis?
Lebih malang lagi sekiranya yang mahal dibayar itu adalah makanan tidak halal. Bagaimana hendak mendapat fadilat dan pahala berpuasa sekiranya kita berbuka dengan benda haram?
*AKHIR kalam, di Pulau Pinang pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri menyerbu sebuah kopitiam.
Kopitiam berkenaan meletakkan logo halal, tetapi pemeriksaan yang dilakukan mendapati cara penyediaan makanan tidak menepati piawaian syariah, termasuk dari segi kebersihan. Malah, dikatakan kopitiam tersebut menyediakan katak untuk dimakan.