Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Pasangan Kurus@Gemuk... Mana Pilihanmu?





Ops, siapa pilihan di hatimu? Si kurus atau si gemuk? Sukar sebenarnya bila kamu terpaksa memilih. Ingin memilih sama ada mendampingi jejaka saiz plus-plus atau si kurus kering yang menjadi pujaan hati? Jom ikuti kuiz ini dan lihat siapakah pilihan paling tepat untuk kamu dampingi!

1. Kamu seorang yang sangat?
a.Cerewet bab makan.
b.Tak kisah.
c. Teliti dan sempurna.

2. Sekiranya kamu diganggu jejaka jalanan, pasti kamu?
a. Buat tidak tahu.
b. Senyum memberi harapan.
c. Tengok rupanya dahulu.

3. Kamu lebih suka melihat lelaki yang?
a. Tembam tapi comel.
b. Kurus tapi kacak.
c. Tidak kisah.

4. Lelaki idaman kamu mestilah yang memiliki ciri-ciri?
a. Tinggi dan gagah.
b. Sederhana dan menarik.
c. Segak dan bergaya.

5. Bagi kamu, lelaki gemuk itu adalah?
a. Insan biasa yang patut dihargai.
b. Comel apabila dia senyum.
c. Sangat kuat makan.

6. Sekiranya kamu diberi pilihan untuk memilih barang yang menjadi kesayanganmu, pasti kamu akan memilih?
a. Bantal busuk.
b. Diari.
c. Patung beruang.

7. Kamu sangat suka lelaki yang?
a. Romantik.
b. Penyayang.
c. Kelakar.

8. Kamu seorang yang gemar?
a. Membeli belah.
b. Makan.
c. Membaca.

Jawapan A lebih banyak : Lelaki Kurus Itu Menawan!

Bagi kamu yang memiliki jawapan A, kamu boleh dikategorikan sebagai seorang yang mementingkan aspek rupa dan fizikal. Walau apa pun yang berlaku, kamu mesti memilih yang kurus. Kalau bukan kurus, jangan harap kamu nak layan. Wah! Cita rasa kamu sangat tinggi sebenarnya. Kasihan mereka yang berbadan besar. Mereka hanya boleh melihat dari jauh saja, nak datang dekat takut kena halau pula. Kamu jenis yang suka bila teman lelaki kamu itu menjaga penampilannya. Setiap kali kamu bertemu janji, pasti si dia nampak segak dan macho. Sungguh pun begitu, kamu kena ingat tidak kesemua lelaki kurus dan kacak itu setia dan menyayangi kamu. Ada kalanya mereka hanya mahu mempergunakan kamu. Jadi awas!

Jawapan B lebih banyak : Terimalah Dia Seadanya!

Wow, mereka yang memiliki jawapan ini mempunyai keperibadian yang sangat menarik! Mereka seorang individu yang merendah diri. Susah sebenarnya nak mendapat kekasih seperti ini. Kamu boleh dikatakan neutral. Bahkan mana-mana pun kamu tidak kisah, janji si dia ikhlas dan jujur berteman denganmu. Alangkah bahagianya teman lelaki kamu kerana memiliki pasangan yang santai dan tidak kisah seperti kamu. Bagi kamu, kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Apa yang penting, si dia dapat menerima kamu seadanya, malah dia juga sanggup mengharungi segala kesusahan dan kesenangan bersama. Inilah yang sepatutnya dicari oleh jejaka-jejaka di luar sana.

Jawapan C lebih banyak : Plus Size Itu Seksi!

Ops, betulkah? Pemilik jawapan ini sebenarnya seorang yang sangat sempoi. Mereka tidak pernah kisah dengan aspek rupa dan fizikal pasangan. Nak kata malu memang tak ada langsung, kalau keluar pun kamu masih mampu berpegangan tangan dan bergelak ketawa. Aneh bukan? Sedangkan trend remaja kini lebih gemar memilih lelaki kurus berbanding yang berbadan besar, namun kamu sebaliknya. Kamu lebih suka memilih lelaki berbadan besar kerana mereka kaya dengan kasih sayang. Meskipun perbezaan antara kalian sangat ketara, namun rasa cinta itu tetap utuh. Pasangan kamu pasti terharu saat kamu menerimanya sebagai teman lelaki. Nampaknya kamu bukan individu yang mementingkan kesempurnaan. Tahniah!

Cari Maklumat Di Sini