Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Penerbit Filem Hina Nabi



Pakistan Menawarkan RM300 Ribu Untuk Bunuh Penerbit Filem Hina Nabi - Seorang menteri Kabinet Pakistan menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM300,000) untuk membunuh penerbit dari Amerika yang mengeluarkan filem Innocense of Muslims, yang mencetuskan kemarahan umat Islam dan meragut hampir 60 nyawa setakat ini.

Ganjaran itu diumumkan semalam, sehari selepas kira-kira 20 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam protes baru di negara itu.

Protes dan demonstrasi berhubung filem itu dan yang terbaru berkenaan dengan karikatur keluaran majalah Perancis berlarutan dua minggu.

“Sesiapa yang dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad SAW, akan diberi ganjaran dengan dolar oleh saya,” kata Menteri Kereta Api, Ghulam Ahmed Bilour pada sidang media di Peshawar semalam.

Peshawar salah satu bandar yang menyaksikan protes besar-besaran kelmarin.
Sebuah pawagam dimiliki Ghulam turut dibakar oleh penunjuk perasaan.

Ghulam merupakan anggota Parti Nasional Awami, komponen yang menyokong Parti Rakyat Pakistan, pimpinan Presiden negara itu, Asif Zardari.

Ganjaran Ghulam adalah keputusan peribadi, tiada kaitan dengan parti atau kerajaan.
“Saya sendiri akan bertanggungjawab atas sebarang akibat jika dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad. Ia satu isu antara saya dan mereka,” katanya lagi. – sumber

Cari Maklumat Di Sini