Terima kasih kerana melayari blog ini . kami sekeluarga mohon kemaafan sekiranya artikel dalam blog ini menyinggung anda .

Pokok kelapa - 60 tahun





Abdul Malik boleh memanjat pokok kelapa dalam tempoh tidak sampai dua minit.
JENGKA - Walaupun sudah menjangkau usia 60 tahun, tidak menghalang seorang peneroka di sini memanjat pokok kelapa demi mencari rezeki tambahan.

Abdul Malik Mat Jali, 60, dapat memanjat pokok kelapa setinggi 60 hingga 70 kaki dengan hanya memakan masa tidak sampai dua minit.

“Saya sudah mula mengambil upah memanjat kelapa sejak berusia 15 tahun. Malah tidak hanya memanjat kelapa, saya juga boleh memanjat pokok petai, pinang dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, upah yang dikenakan adalah bergantung atas dasar keikhlasan orang yang memanggilnya untuk membuat kerja tersebut.

“Sebenarnya, saya tidaklah berniat untuk mengambil upah, tetapi lebih kepada membantu masyarakat setempat yang memerlukan khidmat saya,” katanya.

Dengan hanya menggunakan sebilah parang, Abdul Malik boleh menjatuhkan beberapa biji kelapa dalam tempoh beberapa minit.

“Pernah saya dipanggil untuk memanjat kelapa di Kampung Awah, Maran. Sebanyak 15 batang pokok kelapa, saya selesaikan dalam tempoh sekitar dua jam,” katanya.

Lebih mengagumkan ketika melihat Abdul Malik turun dari pokok dengan hanya menggelongsor.

Jirannya, Ramnan Yaakob, 57, berkata, Abdul Malik sememangnya amat dikenali di kawasan tanah rancangan tersebut sebagai seorang yang rajin dan kuat bekerja.

“Tidak hanya melakukan kerja memanjat, dia juga membuat kerja menggali kubur dan memotong rumput di padang.

“Walaupun sudah berusia, namun badannya masih sihat dan cergas, malah tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan,” katanya.

Cari Maklumat Di Sini